SEJARAH
Sekolah ini dibina pada Jun 2000 oleh Syarikat Norhasbina Sdn. Bhd. berdasarkan konsep "Design And build" bernilai RM7.8 juta, di atas tapak yang berkeluasan 5 ekar. Sekolah ini mengandungi 30 buah bilik darjah, Perpustakaan, Bilik komputer, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Seni, Surau, Kantin, Padang dan Garaj Kereta. Sekolah ini mula dibuka semasa pelancarannya pada 3 Januari 2002 oleh En.Sarjikon b Hj. Mojri selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
Encik Mohd Fuad bin Mohd Yusof dilantik selaku Guru Penyelaras dengan dibantu oleh Guru Bertanggungjawab HEM, Pn Fadzilah binti Othman, Guru Bertanggungjawab Kokurikulum, En. Yazid bin Zakaria serta seramai 30 orang guru penolong.
Pada tahun pertama beroperasi bilangan muridnya seramai 837 orang iaitu murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja, kerana murid-murid tahun 6 dikekalkan di sekolah lama bagi membolehkan mereka menduduki UPSR dengan tenang dan selesa. Tahun 2003 merupakan tahun pertama UPSR dijalankan di sekolah ini.